----::::WELCOME TO ' THE LOST SPIRiT ' OFFiCiAL WEBSiTE:::::--- أهلا وسهل ::: 欢迎 ::: Benvenuto ::: Добро пожаловать ::: Willkommen ::::NahNu NuhiBBu SiSMe KathiRaN JiDDaN!!!:::

Friday, April 23, 2010

Baginda Pernah Mencintaimu......

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]















ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Sunday, April 18, 2010

Murid Dan Cikgu

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Yaa,,,.....konklusinya,trpulang pada anda.......

Thursday, April 1, 2010

Pertanyaan Si Atheist

 ~~diam dlam diam,,aku brjaya mncuri sdikit waktu utk mngupdate blog yg tlah lama ksepian ini...wlaupun bukan coretan ttik peluh sndiri,,tpi agak brmkna juga lmbaran kali ini.......dunia tknologi maya bnyak mmbntu,,tatkala,,post di bawah ini diambil dari kwanku ,dari Facebook ( p/s:maiL!...mane hang ciLok ni??...hehehehe).......harap pnulis nukilan yg sbenar mmbenarkan utk ttapan brsama.....

harap menjawab kepada pertanyaan si atheist......

orang macam ni patut kita berdebat ke atau tinggalkan je?

Seorang profesor falsafah ateis bercakap kepada kelasnya mengenai masalah Ilmu pengetahuan sains dengan Tuhan

Dia bertanya pada salah seorang pelajar barunya untuk berdiri dan .....

Prof: Jadi anda percaya pada Tuhan?

Student: yupp, Ssudah tentu

Prof: Apakah Tuhan baik?

Pelajar: yuppp.

Prof: Apakah Tuhan mahakuasa?

Siswa: yuppa.

Prof: Saudaraku meninggal kerana kanser walaupun dia dah berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkan dia. Kebanyakan daripada kita akan berusaha untuk membantu orang lain yang sedang sakit. Tetapi Tuhan tidak. Bagaimanakah tuhan ini baik. Hmm?

(Mahasiswa diam.)

Prof: kenapa tidak jawab? Mari kita mulai lagi, anak muda. Adakah Tuhan baik?

Siswa: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Siswa: No

Prof: mana Syaitan berasal?

Siswa: Dari ... Tuhan .. .

Prof: Itu benar. apakah ada kejahatan di dunia ini?

Siswa: Ya.

Prof: Jenayah di mana-mana, bukan? Dan Tuhan memang membuat segalanya. Benar?

Siswa: Ya.

Prof: Jadi, siapa yang mencipta kejahatan?

(Siswa tidak menjawab.)

Prof: Apakah ada penyakit? Kebencian? Keburukan? Semua hal-hal yang mengerikan ada di dunia, bukan?

Siswa: Ya

Prof: Jadi, siapa yang menciptakan mereka?

(Pelajar tidak mempunyai jawapan.)

Prof: Science mengatakan anda mempunyai 5 indra anda gunakan untuk mengenalpasti dan mengamati dunia di sekitar anda. Katakan padaku... Adakah anda pernah melihat tuhan?

Siswa: Tidak...

Prof: Katakan pada kami jika anda pernah mendengar Tuhan?

Siswa: Tidak...

Prof: Apakah anda pernah merasa, tuhanmu, mencium tuhanmu, berbau tuhanmu? Adakah anda pernah yajin tuhan kamu itu wujud?

Siswa: Tidak....

Prof: Namun kau masih percaya kepadaNya?

Siswa: Ya.

Prof: Menurut konsep empirikal, boleh diuji, dibuktikan protokol, ilmu pengetahuan mengatakan tuhan anda tidak ada. Apa yang anda katakan pada itu?

Siswa: Tidak ada. Saya hanya mempunyai iman saya.

Prof: Ya. Kepercayaan. Dan itu adalah masalah ilmu pengetahuan.

Siswa: Profesor, apakah ada yang namanya panas?

Prof: Ya.

Siswa: Dan apakah ada yang namanya dingin?

Prof: Ya.

Siswa: Tidak. Tidak. anda salah prof

(Ceramah teater menjadi sangat sunyi dengan pergantian peristiwa ini.)

Siswa:
prof, anda boleh mempunyai banyak panas, bahkan lebih panas, memanasi secara keterlaluan, mega panas, panas putih, sedikit panas atau tidak panas. Tapi kita tidak punya apa-apa yang disebut sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah di bawah sifar yang tidak panas

Tapi kita tidak boleh melangkah lebih jauh selepas itu. dingin tidak wujud!!. Sejuk hanyalah kata yang kita gunakan untuk menggambarkan ketiadaan panas. Kita tidak boleh mengukur sejuk.

panas adalah tenaga. Sejuk hanyalah lawan kepada panas, prof

(susasana menjadi senyap)

Siswa: Bagaimana dengan kegelapan, Profesor? Adakah terdapat sesuatu seperti kegelapan?

Prof:
Ya. malam itukan gelap?

Siswa: anda salah lagi, prof. Kegelapan adalah ketiadaan sesuatu. Anda boleh mempunyai cahaya redup, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkelip .... Namun, jika anda tidak mempunyai cahaya secara konstan, anda tidak punya apa-apa dan disebut kegelapan, bukan? Pada kenyataannya, kegelapan tidak wujud.

Kalau anda akan dapat membuat kegelapan lebih gelap, boleh ke?

Prof: jangan cakap berbelit belit. straght to the point

Siswa: Prof, maksudku adalah premis falsafah anda kurang tepat dan cacat.

Prof: cacat? kenapa falsafah aku cacat?

Siswa: Prof hanya lihat dari segi konsep duality. prof berpendapat ada kehidupan dan kemudian ada kematian, Tuhan yang baik dan ada yang buruk. prof melihat konsep Tuhan sebagai sesuatu yang terbatas, sesuatu yang dapat kita ukur.

prof, sains bahkan tidak boleh menjelaskan fikiran

Untuk melihat kematian sebagai lawan dari kehidupan adalah mengabaikan fakta bahawa kematian tidak dapat wujud sebagai hal yang substantif. Kematian bukanlah lawan kehidupan. Sekarang katakan, Profesor. Adakah anda mengajar pelajar anda bahawa mereka berevolusi dari monyet?

Prof: Jika anda merujuk pada proses evolusi alami, ya, tentu saja, saya lakukan.

Pelajar: Adakah anda pernah mengamati evolusi dengan matamu sendiri, Sir?

(Profesor menggelengkan kepalanya dengan senyum, mula menyedari di mana hujah yang terjadi.)

Siswa: Karana tidak ada seorang pun pernah mengamati evolusi bekerja dan bahkan tidak dapat membuktikan bahawa proses ini merupakan upaya terus-menerus, apakah kau tidak mengajarkan pendapat sendiri? Apakah anda bukan seorang saintis melainkan pendakwah?

(Kelas menjadi gempar.)

Siswa: Apakah ada seseorang di kelas yang pernah melihat otak Profesor?

(Kelas pecah menjadi tawa.)

Siswa: Apakah ada seseorang di sini yang pernah mendengar otak Profesor, merasakannya, menyentuhnya atau menciumnya? Tak seorang pun nampaknya telah melakukannya. Jadi, mengikut peraturan yang telah ditetapkan empirikal, stabil, sains mengatakan bahawa anda tidak punya otak, prof.

Dengan segala hormat, prof, bagaimana kita kemudian mempercayai kuliah prof?

(Bilik itu sunyi. Sang profesor menatap pelajar.)

Prof: Kurasa kau harus membawa mereka dalam kepercayaan.

Siswa: yupp, tepat sekali ... hubungan antara manusia & Tuhan adalah KEYAKINAN

Itu saja yang membuat hal-hal yang bergerak & hidup ....... .........
Create your own banner at mybannermaker.com!
Sekiranya korang berminat dengan banner batch kita ini ,korang boleh ambil code dia kt bawah ni dan utk letak kt blog2 korang....Salam,!

sexshop