----::::WELCOME TO ' THE LOST SPIRiT ' OFFiCiAL WEBSiTE:::::--- أهلا وسهل ::: 欢迎 ::: Benvenuto ::: Добро пожаловать ::: Willkommen ::::NahNu NuhiBBu SiSMe KathiRaN JiDDaN!!!:::

Thursday, February 18, 2010

ULAR SAWA KELUAR SHOPPinG kt BuKiT BiNTANG!


=================================================================

KUALA LUMPUR: Gempar apabila pelancong dan rakyat tempatan melihat seekor ular sawa ‘sesat’ melintas jalan di Bukit Bintang di sini, semalam.



BESAR...anggota bomba bersama ular sawa yang ditangkap di Bukit Bintang, semalam.



**ULAR SAWA pun nak g Shopping  Gak kan!!...xkan kita jer....hahaha.....**

Kehadiran ular sawa batik sepanjang dua meter itu mencetus tanda tanya berikutan lokasi ia ditemui terletak di tengah-tengah ibu kota dikelilingi bangunan konkrit.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ular sawa seberat kira-kira 20 kilogram itu melintas jalan tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Ifzuady Rosli Ch’eng, berkata seorang pengawal keselamatan yang melihat kehadiran ular itu segera menghubungi pihaknya.










“Kami terima panggilan jam 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi empat minit kemudian. Namun, ular itu sudah beredar dari permukaan jalan.

“Ular terbabit dikesan cuba bersembunyi dalam pokok hiasan berhampiran kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, empat anggota mengambil masa lima minit menangkap ular itu yang cedera di perut.

“Kami bersedia menyerahkan ular berkenaan kepada pihak bertanggungjawab atau melepaskannya di kawasan hutan simpan,” katanya.

Ifzuady berkata, pihaknya juga hairan dengan kewujudan ular sawa di kawasan berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan ia dimiliki individu yang tinggal di kawasan berhampiran. -sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com!
Sekiranya korang berminat dengan banner batch kita ini ,korang boleh ambil code dia kt bawah ni dan utk letak kt blog2 korang....Salam,!

sexshop